Monday, September 28, 2009

Contoh Jawapan Percubaan SPM 2009

Ini adalah kertas jawapan terbaik dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2009
(Sila Klik pada kertas jawapan di bawah untuk lihat)






















Friday, September 18, 2009

Salam Aidil Fitri



Salam Aidil Fitri dari saya dan keluarga.
Maaf Zahir dan Bathin.

Sunday, September 6, 2009

Siri Tips Pelajar Cemerlang (Siri 1)

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10 % apayang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  1. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  3. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya..

Friday, September 4, 2009

Renungan Bersama (Tazkirah Hati)

Hayatilah klip video ini. TQ kepada anaknda Hazim yang menghasilkan klip ini... Mana Milik Kita.



Dedikasi buat Ustaz Asri Rabbani

Friday, August 28, 2009

Lima ketinggian Ramadan



IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.”

Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam.

Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka.

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.”

Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan.

Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin.

“Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”

Monday, March 30, 2009

Jadilah Islam Sejati


Sesungguhnya Islam yang kita warisi ini adalah pusaka paling bernilai dan tak dapat ditukar ganti dengan apa jua di dunia ini. Lantaran itu sebagai addin dan cara hidup, Islam bukan pakaian luaran kita semata-mata, malah mesti sebati dengan darah daging kita. Ayuh! jangan biarkan diri kita hanyut kerana dunia.... jadikan dunia yang ku miliki ini tersimpan ditapak tanganku, jangan Kau letak dihatiku......

Jadikan segala yang dilakukan dalam hidup kita seharian ini sebagai ibadat yang ikhlas, dengan harapan setiap detik hidup kita - pekerjaan, makan minum, riadah, proses menuntut ilmu, pergaulan, tidur dan jaga kita turut menjasi ibadah di sisi Allah. Faham kita - Ibadah bukan semata-mata dari amalan wajib dan sunat yang kita amalkan. Malah segala yang harus bisa dijadikan ibadah, yang makruh dan haram ditinggal, juga jadi ibadah... Maha Besar Allah, begitu indahnya addin yang diaturkan oleh Tuhan Yang Maha Esa.

Sunday, March 29, 2009

Menjana Minda

Era masakini menuntut kita untuk menguasai pelbagai sumber ilmu. Cabaran hari ini ialah bagaimana untuk kita menguna serta menguasai sumber ilmu untuk diserasikan dengan kepelruan kita. Sebagai satu sumber rujukan, blog ini disediakan bertujuan menjentik minda pelajar, menyediakan ruang kongsi siber serta yang paling penting ia mungkin satu medium yang digemari anda.